Khamis, 9 Oktober 2014

BAB 4 PEMBANGUNAN NEGARA

DASAR BELIA NEGARA

Pada 13.12.1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini. Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara. Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-
  1. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  2. Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
  3. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
  4. Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
  5. Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
  6. Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu. Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.

Hari Belia Negara

    • Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara. Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri.
    • Pada tahun 2003, pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belia bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.


3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,nak tnye ni..encik ambil darimana rujukan ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam, saya ambil rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku Pengajian Malaysia Politeknik terbitan Politeknik Merlimau.

      Padam
  2. Owh..terima kasih encik,maklumat yg berguna (Y)

    BalasPadam