Ahad, 12 Oktober 2014

BAB 6 PEMIKIRAN DAN KEPERCAYAAN



 Kedudukan Agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia

  1. Dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam Bahasa Melayu.
  2. Sebagai agama rasmi negara, Kerajaan Perseketuan mempunyai kuasa memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti pembinaan masjid dan surau, sekolah-sekolah agama.
  3. Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan kuasa tertinggi agama pada setiap negeri dengan Sultan/Raja/Yam Tuan Besar menjadi ketua agama Islam kecuali bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah Persektuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya. Di negeri-negeri ini, kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa YDPA.
  4. Di negeri-negeri, Sultan/Raja/Yam Tuan Besar mempunyai kuasa melantik ahli-Ahli – Ahli Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar Islam di negeri-negeri dengan dokongan Jabatan-Jabatan Agama Islam menjalanakan urusan pentadbiran. Selain itu, musfti-mufti dan Ketua-Ketua hakim Syari’ah juga dilantik oleh Sultan/Raja/Yam Tuan Besar.


Satu perakara yang menarik, Majlis Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Perseketuan Malaysia menubuhkan Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Islam Malaysia dengan Perdana menteri Malaysia menjadi Pengurusinya. Fungsi MHEKIM hanya untuk menyelaraskan program-program Islam antara Kerajaan Pusat dan negeri. Walaubagaimanapun, Sultan Kedah dan Sultan 







                                      

Khamis, 9 Oktober 2014

BAB 5 ISU ISU KEPRIHATINAN NEGARA

PERANAN MALAYSIA DALAM ASEAN









Malaysia dan Hubungan Serantau (ASEAN)
    Keanggotaan dan matlamat
    Bentuk kerjasama
    Cabaran



Pengenalan
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, social, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.


Keanggotaan dan Matlamat
Keanggotaan ASEAN

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan di Bangkok, Thailand pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok.
ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, Vietnam pada tahun 1995, Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pula menyertai ASEAN pada tahun 1999.


Matlamat ASEAN
Antara matlamat penubuhan ASEAN adalah seperti berikut:
    Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asia Tenggara.
    Menggalakkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
    Menggalakkan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikan
    Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan.
    Mengeratkan hubungan dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.


Bentuk Kerjasama 


 






Kerjasama Politik


1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:

  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian
  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)
Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:

  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden
  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota
  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas
  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan
Menganjurkan projek berikut;
  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.


Cabaran ASEAN
Ekonomi
Pengurangan permintaan pasaran dunia terhadap sumber bahan utama seperti bijih timah dan getah asli negara-negara ASEAN telah membantutkan pertumbuhan ekonomi dirantau ini.Negara-negara ASEAN terpaksa member perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Pengeluaran dan pemasaran keluaran yang sama menyebabkan persaingan yang sengit dikalangan negara ASEAN.Pergantungan kepada negara maju dari segi ekonomi masih berlanjutan. Indonesia dan Thailand dibebani hutang luar negara.


Sosial
Negara ASEAN menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan taraf hidup rakyatnya. Proses pembandaran yang pesat dan kadar pengangguran yang meningkat menjejaskan usaha meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ASEAN.


Politik
Perubahan kepimpinan di sesetengah negara ASEAN Percubaan rampasan kuasa atau keganasan di Filipina dan Indonesia. Negara ASEAN terpaksa mengenakan sekatan terhadap kebebasan berpolitik di negara masing-masing.



BAB 4 PEMBANGUNAN NEGARA

DASAR BELIA NEGARA

Pada 13.12.1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini. Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara. Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-
  1. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  2. Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
  3. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
  4. Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
  5. Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
  6. Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.

Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu. Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.

Hari Belia Negara

    • Hari Belia Negara diadakan setiap tahun sebagai bukti pengiktirafan kerajaan terhadap peranan penting generasi belia dalam membantu usaha pembangunan negara. Ia turut dilaksanakan di peringkat negeri.
    • Pada tahun 2003, pendekatan baru telah dibuat dengan mengadakan Pameran Belia bersempena Hari Belia untuk memperagakan kejayaan-kejayaan para belia tanah air termasuklah produk-produk yang dihasilkan oleh para usahawan muda.


Selasa, 7 Oktober 2014

BAB 3 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA





Masyarakat Malaysia hari ini terdiri dari berbagai kaum. Mereka ialah orang-orang Melayu dan Bumiputra lain, China, India dan lain-lain. Kelebihan yang menjadikan Malaysia menarik dan mempunyai budaya yang tersendiri. Terdapat berjenis-jenis bahasa, agama, muzik, tarian, lagu, pakaian dan makanan. Namun, perbezaan antara kaum ini telah menimbulkan beberapa masalah pada masa dahulu.  Masalah ini timbul apabila sesuatu kaum itu tidak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum yang lain. Ada banyak cara untuk membentuk satu masyarakat Malaysia. Antaranya ialah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kaum-kaum lain. Sungguhpun masalah-masalah ini tidak boleh diatasi dengan setakat membaca mengenai kaum-kaum ini sahaja, namun, ini boleh membantu dan membolehkan kita memahami dengan lebih baik mengenai masyarakat yang kita anggotai.


Masyarakat Melayu



Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Treng-ganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit.

Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.


Masyarakat Cina



Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan  dengan orang-orang China dan India. Hubungan antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.

Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya. Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.


Masyarakat India




Kita telah pun membaca mengenai asal-usul kaum China di Malaysia. Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang getah.

Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Penjajahan telah menempatkan jenis pekerjaan bagi setiap kaum. Hal ini telah menyebabkan permusuhan antara kaum terjadi di Malaysia pada 13 Mei 1969.


                                                

Sabtu, 4 Oktober 2014

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA



Apakah maksud Perlembagaan?

- Undang-Undang Asas dan Prinsip yang digunakan untuk pemerintahan dalam tiap tiap negeri atau persatuan. Perlembagaan juga diiktiraf sebagai undang undang tertinggi dalam negara.

- Terdapat 16 bahagian  dalam perlembagaan iaitu

1. Negeri negeri Agama dan Undang undang bagi Persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Persekutuan
5. Negeri negeri
6. Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri negeri
7. Peruntukan Kewangan
8. Pilihan Raya
9. Badan Kehakiman
10. Perkhidmatan perkhidmatan Awam
11. Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
12. Am & Pelbagai
13. Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah & Sarawak
14. Peruntukan Sementara & Peralihan
15. Kecualian Bagi Kedaulatan Raja raja
16. Prosiding Terhadap Yang Dipertua Agong dan Raja Raja

- Terdapat 183 artikel dalam perlembagaan. Namun begitu, jumlah aritikel mampu berubah mengikut bagi lain lain tahun, tertakluk kepada penggubalan pindaan/pembaharuan (Amendment) yang dicapai dalam tiap tiap tahun atau setiap 5 tahun.

- Terdapat 2 jenis Perlembagaan

1. Perlembagaan Bertulis (Written Constitution)
2. Perlembagaan Tidak Bertulis (Unwritten Constitution)

Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undang sesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi. Contohnya keputusan mahkamah ataupun cara pemerintahan tiap tiap negara harus berpandukan dokumen perlembagaan. Negara dibawah Perlembagaan Bertulis ini termasuklah Amerika Syarikat, Canada, Malaysia dan juga kebanyakkan dari negara negara Komanwel (Commonwealth).

Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom. Bagaimanapun, terdapat perkara yang boleh menimbulkan persoalan terhadap pemerintahan di bawah perlembagaan tidak bertulis. Ini kerana walaupun tidak ada sebarang dokumen tunggal atau kumpulan dokumen-dokumen yang mewakili perlembagaan British, namun, setiap tindakan atau undang undang perlembagaan boleh diterbitkan mengikut situasi penting yang pernah berlaku sekiranya ia ada berkaitan dengan undang undang, penulisan undang undang dan keputusan kehakiman negara.

 Sebagai contoh, dalam tiap tiap kes yang berlaku, hakim mahkamah akan membuat keputusan/hukuman berdasarkan rekod terdahulu (melihat situasi yang pernah berlaku dan hukuman pernah dijatuhkan kepada pesalah). Sekiranya sebuah kes itu tidak pernah berlaku sebelumnya, hakim mahkamah berhak menggubal undang undang/hukuman baru. 

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri


SOALAN PENGUKUHAN

Pilih jawapan yang tepat.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan?
A. Negara yang dibentuk dengan persetujuan beberapa buah negeri dan kerajaan Pusat diberikan kuasa tertentu, di samping kerajaan Negeri dengan kepentingan-kepentingan tempatan.
B. Mengandungi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada zaman British dahulu.
C. Semua negeri mesti patuh kepada kerajaan pusat.
D. Kerajaan dilantik oleh rakyat.
2. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai konsep ketertinggian perlembagaan?
A. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
B. Perlembagaan tidak boleh diubah.
C. YDPA memerintah berdasarkan perlembagaan.
D. Kuasa perundangan juga tertakluk kepada peruntukan-peruntukan perlembagaan.
3. Pilih pernyataan yang salah mengenai YDPA.
A. Bertindak sebgai Ketua Negara.
B. Lambang taat setia.
C. Ketua ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu pentadbiran, perundangan dan kehakiman.
D. YDPA tidak boleh didakwa di mana-mana mahkamah.
4. Perkara yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan ialah:
A. Keselamatan dalam negeri
B. Pertahanan
C. Kewarganegaraan
D. Mahkamah Syariah
5. Asas Perlembagaan Malaysia yang terbentuk pada hari ini adalah berdasarkan
A. Perlembagaan Persekutuan 1948
B. Perlembagaan Tanah Melayu 1957
C. Perlembagaan United Kingdom
D. Perlembagaan Malayan Union

BAB1 SEJARAH DAN POLITIK

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.




Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.




Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.






Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.




Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.



KEISTIMEWAAN MELAKA


Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;

1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.

2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.

3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.

PERKEMBANGAN MELAKA



Sultan MelakaTempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah1424 – 1444
Sultan Abu Syahid1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah1446 – 1456
Sultan Mansur Shah1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah1488 – 1511
RajaIskandar Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.


Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.